Abdullah Azzam, Mujahid Afghanistan Yang Menemui Syahid

November 24th, 2008 by cintaulama

Setelah lengkap berpakaian, pada tengah hari Jumaat, 24 November 1989, Abdullah Azzam bersama 2 orang anaknya, Muhammad dan Ibrahim melangkah keluar dari rumahnya untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sab’ul lail di Pakistan.

Mereka menggunakan kenderaan untuk ke masjid tersebut. Perjalanan ke masjid dari rumah beliau tidaklah jauh. Hanya kira-kira 10 minit menaiki kenderaan. Setelah lima minit Abdullah Azzam dan 2 orang anaknya meninggalkan rumah kediaman mereka, satu letupan kuat dan menggegarkan mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Orang-orang berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100 meter, demikian pula anaknya seorang lagi, beterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat listrik. Sementara tubuh As-Syahid Syeikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut beliau.

“Kecintaan pada jihad telah menguasai hidupku, jiwaku, perasaanku, hatiku, dan segenap inderaku.”

Begitulah Abdullah Azzam, salah satu putera terbaik Palestin, mengungkapkan kecintaannya pada jihad. Beliau ialah ulama yang mendakwahkan jihad dan memasukkannya ke rumah-rumah kaum muslimin. Menyalakan api jihad dalam dada ribuan pemuda Islam, lalu membawa nyala jihad itu ke Afganistan dan ke seluruh penjuru dunia.

Beliau ialah mujahid yang mencurahkan seluruh hidupnya untuk berjihad di jalan Allah. Ahli zuhud yang berpaling dari kemewahan dunia dan memilih kenikmatan medan jihad. Ratusan tulisan dan pidatonya, oleh para ulama dan cendekiawan muslim di dunia, diakui mampu menghidupkan roh baru dalam diri umat. Seolah-olah beliau dipilih Allah SWT untuk menegakkan kembali kewajiban yang telah dilupakan sebagian besar umat Islam, iaitu jihad.

Beliaulah yang menyedarkan umat, jihad ialah nyawa dan eksistensi ummat Islam. Dalam sebuah wasiatnya beliau mengatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang beranggapan bahwa agama Allah akan jaya tanpa jihad dan perang, tanpa titisan darah dan luka-luka tubuh mereka adalah para pemimpi yang tidak tahu tabiat agama ini. Jihad adalah tulang punggung dakwah kalian, benteng agama kalian dan perisai syariat kalian”

Abdullah Azzam ialah cahaya pada wajah umat abad dua puluh. Ketokohannya dalam membawa umat memahami cara hidup yang dikehendaki Islam sangat besar. Dialah yang menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.. dan menyatukan madrasah (tempat menuntut ilmu) dengan mu`askar (tempat latihan perang). Menyatukan masjid dengan medan tempur. Dan menyatukan ucapan dengan perbuatan. Dia bukan ulama biasa, namun ulama dan mujahid besar yang pantas mendapat gelaran syeikhul jihad abad 20. Namanya pantas disejajarkan dengan Abdullah bin Mubarak dan Izzuddin bin Abdussalam.

Lahirnya

Abdullah Azzam lahir pada tahun 1941 di desa Asba’ah Al-Hariyeh, Jenin, Palestin yang diduduki Israel. Beliau dibesarkan di sebuah rumah yang bersahaja dimana beliau dididik Agama Islam, ditanamkan kecintaan terhadap Allah SWT dan RasulNya s.a.w., terhadap mujahid yang berjuang di jalan-Nya, dan terhadap orang-orang yang shaleh yang mencintai kehidupan akhirat.

Semasa masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara kanak-kanak lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal beliau sebagai seorang anak yang soleh. Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda itu sejak beliau masih di Sekolah Dasar.

Pendidikannya

Syeikh Abdullah Azzam dikenal kerana ketekunan dan kesungguhannya bahkan sejak masih kecil. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan menengah di desanya dan kemudian melanjutkan pendidikan di Sekolah Tinggi Pertanian Khadorri hingga memperoleh gelar. Meskipun beliau yang termuda di antara teman-temannya, namun beliau adalah yang terpandai dan terpintar.

Setelah menamatkan pendidikannya di Khadorri beliau bekerja sebagai guru di desa Adder, Jordan Selatan. Kemudian beliau menuntut ilmu di Fakulti Syariah Universiti Damsyik Suriah hingga memperoleh gelar B.A (sarjana muda) di bidang Syariah pada tahun 1966. Ketika tentara Yahudi merebut Tebing Barat pada tahun 1967, Syeikh Abdullah Azzam memutuskan untuk pindah ke Jordan, kerana beliau tidak ingin hidup di Palestin yang berada di bawah pendudukan Yahudi. Melihat bagaimana tentera-tentera Israel maju memasuki Tebing Barat tanpa mendapatkan perlawanan yang berarti menimbulkan perasaan bersalah dalam diri beliau sehingga membuat beliau makin mantap untuk hijrah dengan maksud agar dapat mempelajari ilmu perang.

Kesedaran Jihad dan Menyertai Jihad Afghanistan

Saat Syeikh Abdullah Azzam menyedari bahawa hanya dengan kekuatan yang terorganisir umat ini bisa menggapai kemenangan, lalu jihad dan senjata adalah kesibukan dan pengisi waktu luangnya.

“Jihad hanya dengan senjata, tidak dengan negosiasi, tidak dengan perundingan damai, tidak dengan dialog”

Kalimat tersebut menjadi semboyan beliau. Beliau praktikkan apa yang selalu beliau kumandangkan, sehingga membuat beliau menjadi salah satu di antara orang Arab pertama yang bergabung dalam jihad di Afghanistan melawan Uni Soviet yang komunis.

Pada tahun 1980, ketika masih di Saudi Arabia, Abdullah Azzam memperoleh kesempatan berjumpa dengan satu delegasi mujahidin Afghanistan yang datang untuk menunaikan ibadah haji. Segera beliau tertarik dengan kelompok ini dan ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai jihad Afghanistan. Ketika dijabarkan kepadanya, beliau merasa inilah yang sejak lama beliau cari-cari.

Beliau segera melepaskan jabatannya sebagai dosen di Universiti King Abdul Aziz Jeddah Saudi Arabia, dan berangkat menuju Islamabad Pakistan agar dapat lebih dekat dengan jihad Afghanistan, dan di sanalah beliau mengenal pemimpin-pemimpin mujahidin. Saat-saat pertama berada di Pakistan, beliau ditunjuk untuk memberikan kuliah di International Islamic Universiti di Islamabad. Namun tidak lama ini berlangsung, karena beliau memutuskan untuk meninggalkan universitas agar bisa mencurahkan seluruh waktu dan energinya untuk jihad di Afghanistan.

Pada permulaan dekad 1980-an, Syeikh Abdullah Azzam langsung turun ke medan jihad Afghanistan. Di jihad inilah beliau merasa puas bisa memenuhi kerinduan dan cinta yang tak terlukiskan untuk berjuang di jalan Allah SWT, persis seperti suatu kali Rasulullah SAW bersabda:

قيام ساعة في الصف للقتال في سبيل الله خير من قيام ستين سنة

“Berdiri satu jam dalam pertempuran di jalan Allah SWT lebih baik daripada berdiri menunaikan solat selama enam puluh tahun”

Terinspirasi oleh hadis ini, Syeikh Abdullah Azzam beserta keluarganya memutuskan pindah ke Pakistan agar lebih dekat dengan medan jihad. Tidak lama setelah itu beliau pindah lagi dari Islamabad ke Peshawar supaya bisa lebih dekat lagi dengan medan jihad dan syahid.

Di Afghanistan beliau jarang menetap di suatu tempat. Beliau selalu berkeliling ke seluruh pelosok negeri mengunjungi hampir seluruh propinsi dan wilayah seperti Logar, Kandahar, pegunungan Hindukush, lembah Panshir, Kabul dan Jalalabad. Dalam kunjungan ini, Syeikh Abdullah Azzam menyaksikan secara langsung kepahlawanan orang-orang awam yang telah mengorbankan segala apa yang dimiliki termasuk jiwa mereka demi jayannya Dien Islam.

Di Peshawar, setelah kembali dari berkeliling, Syeikh Abdullah Azzam selalu berbicara tentang jihad secara kontinyu. Beliau selalu berdoa agar para Komandan Mujahidin yang terpecah belah dapat bersatu padu. Beliau selalu mengundang orang-orang yang belum bergabung dalam pertempuran untuk memanggul senjata dan maju ke garis depan sebelum terlambat.

Seorang Yang Berperilaku Islami

Syeikh Abdullah Azzam adalah contoh seorang yang berperilaku Islami dengan baik, dengan amal solehnya, dengan ketaqwaannya kepada Allah SWT dan dengan kesederhanaannya dalam segala hal. Beliau tidak pernah mencemari hubungan baiknya dengan orang lain. Syeikh Abdullah Azzam selalu mendengarkan pendapat para pemuda, beliau amat disegani dan tidak terbersit sedikitpun rasa takut di dalam hatinya. Beliau selalu berpuasa selang seling hari seperti yang dilakukan Nabi Daud ‘alaihi salam. Dan juga selalu menghimbau yang lainnya untuk berpuasa Senin dan Kamis. Syeikh Abdullah Azzam adalah orang yang selalu berterus terang, tulus, dan mulia. Beliau tidak pernah mencaci orang lain atau berbicara yang tidak baik mengenai orang lain.

Syahid Dengan Cara Gemilang

Musuh-musuhpun semakin berhasrat melaksanakan rencana gilanya. Mereka mencubanya sekali lagi di Peshawar, tidak lama berselang setelah kejadian tersebut. Ketika itulah Allah SWT berkehendak agar Syeikh Abdullah Azzam meninggalkan dunia ini dalam keadaan syahid menuju haribaaan-Nya (kita berharap demikian, Insya Allah SWT). Dan Syeikh Abdullah Azzam wafat dengan cara yang gemilang pada hari Jumat 24 November 1989 pukul 12.30 tengah hari.

Musuh-musuh Allah SWT meletakkan tiga bom di jalan sempit dimana hanya bisa dilewati satu kenderaan saja. Jalan tersebut adalah jalan yang biasa dilalui oleh Syeikh Abdullah Azzam untuk menunaikan solat Jumaat. Pada hari Jumaat itu Syeikh Abdullah Azzam bersama dengan 2 anaknya, Ibrahim dan Muhammad, serta salah seorang anak Syuhada Syeikh Tamim Adnani (salah seorang pahlawan jihad Afghanistan lainnya), melalui jalan tersebut. Kenderaanpun berhenti dimana bom yang pertama berada dan Syeikh Abdullah Azzam turun untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Musuh-musuh yang sudah menanti segera memicu bom yang telah mereka persiapkan tersebut. Bunyi ledakan dahsyat menggoncang hebat terdengar di seluruh penjuru kota.

Orang-orang berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100 meter, demikian pula kedua anak lainnya, beterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat listrik. Sementara tubuh As-Syahid Syeikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut beliau.

Ledakan itu telah mengakhiri perjalanan hidup Syeikh Abdullah Azzam di dunia yang telah beliau lalui dengan baik melalui perjuangan, daya upaya sepenuhnya dan pertempuran di jalan Allah SWT. Hal ini semakin menjamin kehidupannya yang sebenarnya dan abadi di taman syurga – kita memohon kepada Allah SWT demikian - , dan menikmatinya bersama dengan teman-teman yang mulia yakni:

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya mereka ini akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah SWT, yaitu para Rasul, para Shiddiqiin, orang-orang yang mati Syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka inilah teman yang sebaik-baiknya”. (QS An-Nisaa’: 69)

Pengurusan Jenazahnya

Apabila orang ramai mengetahui bahawa yang terbunuh itu ialah Abdullah Azzam, ramai di antara mereka menitiskan air mata. Orang ramai kemudiannya membantu membawa mayat beliau dan 2 orang anaknya ke hospital yang berdekatan.

Setelah doktor mengesahkan ketiga-tiga mereka itu tidak lagi bernyawa, maka jenazah tersebut kemudiannya dibawa ke rumah rakan seperjuangan beliau, pemimpin Ittihad Islami, Abdul Rabbir Rasul Sayyaf sementara menunggu untuk dikebumikan.

Dalam pada itu, orang ramai yang menunggu jenazah Abdullah Azzam dan anaknya, terbau haruman kasturi daripada bilik tempat jenazah mereka ditempatkan. Ini menguatkan lagi keyakinan mereka, bahawa Abdullah Azzam serta 2 orang anaknya, dicabut nyawa oleh Allah sebagai seorang syuhada. Haruman tersebut ialah salah satu petanda bahawa perjuangan Abdullah Azam telah mencapai matlamat yang sering dirindukannya.

Pada solat Maghrib malam itu, ribuan orang daripada pelbagai lapisan bangsa yang hadir untuk solat jenazah kepada jasad Abdullah Azzam berserta 2 orang anaknya itu.

Dengan cara seperti inilah pahlawan besar dan Penggerak Kebangkitan Islam meninggalkan medan jihad dan dunia ini, dan tidak akan pernah kembali lagi. Beliau dimakamkan di Makam para Syuhada Pabi di Peshawar Pakistan, dimana beliau bergabung bersama-sama dengan ratusan syuhada lainnya. Semoga Allah SWT menerima beliau sebagai syuhada dan menganugerahinya tempat tertinggi di surga (amin). Pertempuran yang telah beliau lalui dan telah beliau perjuangkan tetap berlanjut melawan musuh-musuh Islam. Tidak satupun tanah jihad di seluruh dunia, tidak seorang pun mujahidin yang berjuang di jalan Allah SWT yang tidak terinspirasi oleh hidup, ajaran, dan karya Syeikh Abdullah Azzam Rahmatullah ‘alaih

Kita memohon kepada Allah SWT untuk menerima amal ibadah beliau dan menempatkan beliau di surga tertinggi. Kita memohon kepada Allah SWT untuk membangkitkan dari umat ini ulama-ulama lain sekaliber beliau, yang menerapkan pengetahuannya di medan perjuangan, bukan hanya menyimpannya di dalam buku dan di dalam masjid saja.

Melalui biografi ini, telah dirakam kejadian-kejadian dalam sejarah Islam selama sepuluh tahun terakhir dari tahun 1979 hingga 1989, dan akan terus berlanjut sebagaimana Syeikh Abdullah Azzam berkata:

“Sesungguhnya sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah para syuhada, dengan kisah para syuhada, dengan teladan para syuhada”

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33)

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah SWT dengan mulut mereka, dan Allah SWT tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” (At-Taubah: 32-33)

Selanjutnya:
http://tamanulama.blogspot.com

Bersama Orang Soleh Di Bulan Ramadhan

September 11th, 2008 by cintaulama

Para sahabat, tabiin dan orang-orang soleh lainnya benar - benar mengetahui hikmah dari disyariatkannya puasa Ramadhan. Mereka meyakini, Allah tidaklah mensyariatkan puasa Ramadhan dengan sia-sia. Puasa Ramadhan tidak hanya sekadar meninggalkan kebiasaan makan dan minum saja. Tapi lebih dari itu, puasa disyariatkan guna mengingatkan manusia bahawa mereka memiliki Ilah yang harus diibadahi.

Segala praktik yang dilakukan para salafus soleh adalah praktik ibadah demi menggapai redha Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, “Seandainya umatku mengetahui apa yang terdapat pada Ramadhan, mereka berharap Ramadhan sepanjang tahun.”

Pada bulan ini, Allah SWT memberikan berbagai keistimewaan yang tidak diberikan di bulan - bulan lain. Bayangkan, betapa Allah memuji bau mulut orang yang sedang shaum dengan menyatakannya lebih harum dari wewngian kasturi. Itu baru bau mulut saja, belum lagi praktik - praktik ibadah lainnya semisal membaca Al-Qur’an dan qiyaamullail.

Para sahabat menjadikan Ramadhan sebagai salah satu representasi kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT kepada umat Islam. Sungguh menarik apa yang dilakukan para sahabat dalam menata kehidupannya setiap tahun.

Setiap puasa Ramadhan, Abu Hurairah ra dan para sahabat lainnya lebih banyak berdiam diri di masjid. “Kami menjaga puasa kami,” begitu kata mereka. Selain itu, para salafush shalih senantiasa berhati-hati dalam berbicara. Di luar Ramadhan saja, mereka selalu berkata dengan perkataan baik, apalagi ketika Ramadhan. Pasalnya, rasulullah saw mewanti-wanti agar menjaga ucapan.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Semua amalan anak-anak Adam untuknya, kecuali puasa. Karena puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa’. Demi dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangi kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya.” (Bukhari 4/88, Muslim no. 1151, Lafadz ini milik Bukhari).

Dan di antara amalan-amalan ibadah yang utama dan dilakukan salafush shalih adalah qiyaamullail. Diriwayatkan, Abu Bakar ash-Shiddiq senantiasa melaksanakan shalat di malam hari dengan khusyuk dan sampai meneteskan air mata. Sementara Umar bin Khattab, setelah melakukan shalat malam, beliau membangunkan keluarganya untuk shalat malam sembari menyitir ayat al-Qur’an di surat Thaha ayat 132 yang berbunyi, “Dan perintahkanlah keluargamu untuk mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kamilah yang memberikan rizki kepadamu.Dan akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Begitu pula halnya dengan Manshur bin al-Mu’tamir. Jika malam yang semakin larut menjelang, dia langsung mengenakan pakaian terbaiknya lalu naik ke atap rumahnya, dan shalat. Tak ketinggalan juga Sufyan ats-Tsauri. Abdul Razaq, salah seorang muridnya, menceritakan, “Suatu saat, Sufyan ats-Tsauri mendatangiku selepas Isya, lalu aku menghidangkan makanan malam yang meliputi kismis dan pisang. Setelah selesai, ia bangkit untuk berwudhu lalu mengencangkan ikat pinggangnya dan menghadap kiblat. Lalu dia berkata, “Wahai Abdul Razaq! Beri makan keledai.” Selanjutnya dia meluruskan kakinya dan shalat hingga waktu subuh menjelang.”

Ibnu Wahab memiliki cerita lain lagi. Dia menceritakan, “Aku melihat Sufyan ats-Tsauri di Masjidil Haram selepas Maghrib. Dia melaksanakan shalat dan bersujud. Dia tidak mengangkat kepalanya sampai menjelang waktu Shalat Isya.”

Meski tidur bernilai ibadah, para ulama justru mengekang keinginannya untuk mengatupkan mata. Itulah yang dilakukan oleh wanita salafus shalih, Mu’adzah al-’Adawiyah, yang senantiasa melakukan shalat malam, mengatakan, “Aku heran dengan mata-mata yang terpejam. Selama tertidur, aku membayangkan gelapnya kuburan, aku selalu menangis.”

Ibnu Qayyim al-Jauziyah malah memberikan peringatan kepada kita tentang waktu tidur yang tidak disukai Allah. “Di antara tidur yang tidak di sukai adalah tidur di antara Subuh dan matahari terbit, karena ia merupakan waktu untuk memperoleh hasil.”

Dari Abu Umamah ra diriwayatkan, Rasulullah mengajarkan kepada kita, “Barangsiapa shalat Subuh berjamaah kemudian duduk berdzikir kepada Allah sampai terbitnya matahari, lalu ia mendirikan shalat dua rakaat, maka seakan-akan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna.”

Lalu, kapan waktu tidur? Imam al Ghazali memiliki tips yang sangat luar biasa memanfaatkan waktu untuk tidur dan mengumpulkan tenaga. Tidur dan istirahatlah menjelang shalat dzuhur atau sesudahnya. Kurang lebih selama 15 atau 30 menit. Al-Ghazali menceritakan, “Qailullah adalah simpanan energi bagi mereka yang ingin melakukan qiyamul lail pada hari itu.”

Dalam Kitab al-Muwatha, Imam Malik menuturkan, Abdullah bin Abi Bakar mengulang perkataan ayahnya yang mengatakan, “Setiap setelah melangsungkan shalat malam, kita menginstruksikan pembantu untuk menyiapakan makanan, karena dikhawatirkan fajar segera menyingsing.”

Bahkan, Imam Malik memiliki kebiasaan memaksimalkan kemuliaan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Caranya, selama bulan Ramadhan, Imam Malik menutup rapat semua kitab, tidak berfatwa dan tidak melayani diskusi dengan orang lain. “Bulan ini adalah Ramadhan, bulannya al-Qur’an,” ujar beliau sambil menunjukkan mushafnya.

Sedangkan Imam Ahmad memiliki kebiasaan tersendiri setiap kali Rmadhan datang menghampiri dengan segala kemuliaannya. Sejak hari pertama Ramadhan, beliau akan memasuki majid dan menetap didalamnya. Bertasbih dan istighfar, memuji dan memohon ampunan. Setiap kali ia berhadas, maka Imam Ahmad berwudhu dan kembali ke dalam masjid melakukan aktivitasnya. Ia tidak pernah pulang ke rumah kecuali untuk makan, minum dan tidur barang sebentar. Mereka semuanya ingin mereguk kemuliaan Ramadhan dengan sempurna, dan tak ingin memiliki penyesalan ketika bulan mulia itu berakhir masanya.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menggarisbawahi pentingnya berdiam diri di masjid di dalam bulan Ramadhan. “Allah mensyariatkan ibadah puasa atas mereka untuk menghilangkan kebiasaan makan dan minum secara berlebihan, serta membersihkan hati dari noda - noda syahwat yang menghalangi hamba menuju Penciptanya. Disyariatkan pula I’tikaf, dan dengan ibadah ini ditambatkan hati untuk selalu mengingat Allah, menyendiri dengan-Nya, menghentikan segala kesibukan yang berhubungan dengan makhluk-Nya dan menghabiskan waktu hanya untuk Allah semata. Sehingga kegundahan dan luka hati, terhapus dan diisi dengan dzikrullah, mencintai dan menghadap pada-Nya.”

Selain shalat malam, para salafush shalih juga mengisi Ramadhan dengan aktivitas membaca al-Qur’an. Lihatlah, di bulan Ramadhan, Utsman bin ‘Affan menamatkan bacaan al-Qur’an sekali setiap harinya. Sedangkan az-Zuhri, diceritakan mengurangi kegiatan mendengar hadist dan majelis ilmu untuk lebih banyak berinteraksi dengan al-Qur’an. Sementara Ibrahim an-Nakha’i, jika memasuki hari kesepuluh terakhir di bulan Ramadhan, mengkhatamkan al-Qur’an setiap malam.

Selain itu, para sahabat juga berlomba-lomba memberi makan dan menyediakan buka puasa untuk kaum Muslimin. Bahkan diriwayatkan, setiap Ramadhan, Ibnu Umar selalu berbuka bersama para dhu’afaa, orang - orang yatim dan miskin.

Dari sini dapat ditarik pelajaran, Ramadhan sejatinya disambut kaum Muslimin dengan kesadaran tinggi akan pentingnya ibadah dan keridhaan Allah SWT.

http://tamanulama.blogspot.com

Bersahabat Dengan Ulama

April 20th, 2008 by cintaulama

Di dalam kitab al-Fushul al-‘Ilmiyyah
karya Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad, pada fasal 32 menyebut bahawa
terdapat beberapa tujuan manusia dalam bersahabat dengan orang-orang
terpilih (ulama) antaranya:

• Yang paling tinggi dan dan utama adalah mereka yang bersahabat
duduk dan bergaul dengan mereka kerana tujuan untuk belajar dari
ilmu-ilmu mereka, beradab dengan adab mereka, menyaksikan akhlaq mereka
yang mulia dan sifat mereka yang terpuji, amal-amal mereka yang sholih
dan juga perkataan-perkataan mereka yang baik. Seterusnya ia cuba
berusaha bersungguh-sungguh setiap waktu untuk mencontohi sifat-sifat
tersebut, berakhlaq dan beramal sholeh seperti mereka. Tiada niat dan
tujuan selain dari itu.

• Golongan seterusnya adalah mereka yang bershahabat, duduk bersama
mereka, bargaul disebabkan rasa kecintaan kepada mereka dan para sifat
mereka yang mengutamakan agama Allah, menegakkan hukum-hukumnya,
menyibukkan diri dengan mengerjakan ketaatan kepadaNya berupa ilmu-ilmu
yang bermanfaat, akhlaq yang baik dan amal-amal yang sholih. Ia
mencintai mereka semua kerana perkara tersebut dan ingin selalu bergaul
dengan mereka serta menuntut diri untuk beramal dan berakhlaq seperti
mereka sekadar yang dimungkinkan oleh kelapangan waktu dan dimudahkan
oleh keadaan. Dia akan menyesal atas ketidakmampuan ia lakukan seperti
mereka dan sangat menginginkan agar beroleh taufiq dan kesempatan untuk
itu. Mereka inilah sebagaimana yang disebut dalam hadits:
المرء مع من أحب
Seseorang itu bersama yang di cintainya
من تشبه بقوم فهو منهم
Barangsiapa yang bertasybbuh dengan sesuatu kaum maka ia termasuk dari kalangan mereka.

• Ada pula yang bershahabat dan bergaul dengan para ulama dan
sholihin ini kerana mengharapkan barokah dan doa-doa dari mereka, tanpa
mempunyai tujuan atau niat untuk mencontohi akhlaq mereka atau meniru
perjalanan hidup mereka. Pun begitu mereka tetap tidak luput dari
mendapat keberkatan dan kebaikan dari mereka. Mereka termasuk dalam
maksud sepotong hadits qudsi:
هم القوم لا يشقى بهم جليسهم
Mereka itulah kaum yang tidak seorangpun yang duduk dengan mereka akan tertimpa kecelakaan.
Dengan berkat pergaulan itu, membentengi dirinya dari kaum yang zalim,
baik dari syaitan-syaitan kalangan manusia dan juga dari jin.

• Ada golongan yang bergaul dengan para ulama’ dan sholihin ini
semata-mata dengan niat supaya diketahui orang. Semoga dengan cara
begitu mereka boleh melibatkan diri dalam urusan-urusan yang bercanggah
dengan syariat dan lain-lain. Disebabkan orang ramai mengetahui bahawa
mereka dekat dan sering bergaul dengan para sholihin tersebut, maka
tentunya orang ramai tidak bersangka buruk kepada mereka atau berani
menuduhnya telah melanggar perkara yang diharamkan syariat. [Pendekata
golongan ini cuba menangguk di air yang keruh]. Golongan inilah yang
disebut oleh Imam al-ghazali dalam bab riya’ iaitu golongan yang
berpura-pura mengerjakan pelbagai ketaatan kepada Allah agar dikenal
sebagai seorang yang taat. Dengan begitu memungkinkan dia mengerjakan
perbuatan durjana. [Golongan bertopengkan agama]

نسأل الله العافية والحفظ فإنه خير الحافظين

Semoga kita termasuk dalam kategori pertama, kedua atau
sekurang-kurangnya yang ketiga. Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم
bersabda (maksudnya): “Dari Abu Musa رضي الله عنه dari Nabi صلى الله
عليه وسلم , baginda bersabda: Perumpamaan berkawan dengan orang sholeh
dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti orang yang membawa
wangian kasturi dan peniup api tukang besi. Orang yang membawa kasturi,
samada akan memberikannya kepadamu, atau engkau membeli darinya atau
engkau akan mendapati bau harum daripadanya. Sedangkan orang yang
meniup api tukang besi, samada dia akan membakar pakaianmu, atau kamu
akan mendapati bau yang busuk darinya.

Semoga kita beroleh pelbagai manfaat dari menghadiri majlis, bergaul
dan duduk bersama para ulama yang sholihin. Semoga keberkatan dari
ilmu, amal, akhlaq, asrar dan anwar mereka itu mengalir kepada kita
yang serba dhoif.